15.10.11

Resepi Istimewa :3


nyum nyumm ..
jum belajar masak ♥

Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 16
1/2 sudu teh jintan putih*
2 sudu teh jintah manis*
2 sudu teh ketumbar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
4 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
1 suduh teh gula dan 1 1/2 sudu teh garam (sape nak masin boleh lebihkan)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan tepung jagung
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Cara-caranya

Kisar semua bahan bertanda *
Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
Gorenglah apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)