6.12.12

Heterochromia.


These cats have eyes that are each a different color, a condition commonly referred to as “odd-eyed,” or, scientifically, “Heterochromia Iridum.” These special kitties may be odd, but they're also some of the most beautiful and magical-looking creatures on the planet.

Heterochromia iridis: A difference in color between the iris of one eye and the iris of the other eye. A person with one brown eye and one blue eye has heterochromia iridis.








credit to BuzzFeeds :)

29.11.12

10 perangkap syaitan..


Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

22.11.12

sharing a recipe :)


Crispy Onion Rings ♥

Bahan - bahan :

(3-4 org makan)

- 2 biji bawang besar holland
- 7 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudukecil baking powder
- 1/2 sudukecil gula halus
- garam secukup rasa
- serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
- 1/4 sudukecil serbuk cili
- 1 biji telur
- 125 ml susu segar
-minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara :

1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm dan leraikan menjadi gegelang.
2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
6.Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

selamat mencuba \(˘▿˘)/

14.10.12

di sini...


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

 Asfan – Terhenti Di Sini 

8.10.12

list-to-do



  • belajar masak
  • start memasak lauk etc
  • buat kek especially cheese cake, dah ketagih, kena belajar, taknak beli dah..hahahaa
  • belajar menjahit
  • hasilkan shawl half moon (paddle pop, sakura) ngeh ngehhh
  • jahit manik.


conclusion, tak sabar nak tunggu cuti..
oyeahhhh

29.9.12

#5 food review.



The Manhattan Fish Market
Fish And Chip (Regular), Cala-Cala drinks

food:  
service: 
overall: 

disebabkan teringin nak merasa makanan di The Manhattan Fish Market tu...
plan dengan kawan untuk berbuka puasa kat situ....
so, memang dah lama entri ni dalam draf tu...
baru ada kesempatan nak menaip ni...
memang sedap...fish and chip memang betul- betul rasa asli ikan...
bukan macam yg segera- segera tu eh....heheheee
Cala- Cala drinks tu pun...memang refreshing...
sedapppp..tak bergas sangat, tak manis sangat...
cukup rasa....
berbaloi buka puasa kat situ... :)

kalau untuk student, kita memang beruntung tau...
pihak TMFM ada sediakan discount card for student only.
so, if nak beli any of 4 dish (tak ingat apa 4 dish tu)...
just bayar dalam rm12 termasuk air :)
just cakap dengan staff TMFM, nak student card....
isi kad tu, pastu terus boleh guna :D
thanks for reading!

#4 food review



Ayamku
Crispy Cheese Chicken with Fries and Milo Ice

food:  
service: 
overall: 

semalam...lepas pergi bank...terus singgah Ayamku...
order ni lagi...
sedapnyaaaaa :D
rangup, lepas tu makan dengan coleslaw...and mayonis...
terbaik!
dah jadi regular customer kat Ayamku Restaurant.
hahahaaaa..
by the way, Ayamku only available in Sarawak...
sorry people :P

25.9.12

#3 food review :)



Mama Chop & Papa Grill 
Rib-Eye Steak

sedapppp...but, if lamb chop, lagi sedapp...
well, i'm biggest fan of lamb meat...
yummy yummy yummyyy :'D
for most of the food served, yang specialnya, the black pepper sauce....
that feeling when we chew the meat and the black pepper sauce altogether,
wowww...sedappp..Alhamdulillah..
seriously...memang takkan menyesal makan kat sini...
their price pun reasonable...
totally merangsang all my 5 senses...hahaha

food:  
service: 
overall: 

cons- limited seats for the customers...
sometimes, during peak time, all of the seats are full...
there's one time we had to "take-away" the food and ate it at somewhere else...
but, the taste still delicious and didn't differs at all from the set for dine-in.
lokasi? depan Bangunan Mara Kuala Lumpur. 
area situ memang banyak kedai jual makanan.
that's all....
actually ada lagi 2 review nak buat, but maybe later...
thanks for reading!
sorry ada 1 gambar je...lapar sangat, tak sempat nak snap picture...LOL.