6.9.12

petua untuk barang hilang :)


DOA 1:

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi RadiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doanya ialah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”



Berkata Imam Nawawi:

“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”



DOA 2:

Al-Fatihah 7 kali.

2. Al Fath (Ayat 1-3) 7 kali

3. Al Khafi (Ayat 19) 7 kali

4. Surah Al-Ikhlas 7 kali.

5. Selawat 7 kali.

6. Ya Allah 3 kali.

7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali.

8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.