22.11.12

sharing a recipe :)


Crispy Onion Rings ♥

Bahan - bahan :

(3-4 org makan)

- 2 biji bawang besar holland
- 7 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudukecil baking powder
- 1/2 sudukecil gula halus
- garam secukup rasa
- serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
- 1/4 sudukecil serbuk cili
- 1 biji telur
- 125 ml susu segar
-minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara :

1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm dan leraikan menjadi gegelang.
2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
6.Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

selamat mencuba \(˘▿˘)/