12.1.13

Taufu Fah


Oleh: Sharifah Annis wafa

Bahan-bahan
250gram Kacang soya
2liter air
2sudu besar tepung jagung
1sudu kecil GDL/sekko
1cawan air suam (200ml)

Bahan untuk gula
2cawan gula merah
1cawan gula
3cawan air
(sukatan ini ikut cara sendiri pun boleh)

Cara membuatnya

1. rendam kacang soya dalam 6 jam atau seeloknya semalaman.
2. kisar kacang soya dengan 2 liter air,kemudian tapiskan. (guna tapis teh atau kain)
3. masak kacang soya dgn api perlahan Dan Kacau sehingga panas. (jgn sampai mendidih, nanti tumpah pula)
4. sementara tunggu soya masak, bancuhkan air suam+ GDL+ tepung jagung sehingga larut.
5. gunakan periuk yang tak kuar wap seperti periuk nasi.(saya guna periuk nasi),tuang bancuhan tadi dalam periuk itu.
6. last sekali bila soya tadi agak2 panas, tuang ke dalam periuk tadi dan tarik tinggi- tinggi. (jangan tinggi sangat). jangan kacau tau. terus tutup periuk tu. tunggu 1 jam baru buka.
7. sementara tunggu tau fufah siap,buat lah air gula.
8. masukkan kesemua bahan air guna dan masak hingga larut.
8. akhir sekali selepas 1 jam boleh lah buka periuk yang isi taufu fah tadi. dah siap.
9. Makan! :)

Tips: pasti kan periuk itu tak ada lubang yang boleh keluar wap.

GDL atau SEKKO boleh beli kat kedai kek. kalau tak tahu, tanya lah penjual itu.

Nak guna daun pandan masa masak kacang soya pun boleh. bagi wangi sikit.

Selamat mencuba! :)