2.2.13

Cheesy Cream Puff.


Cheesy Cream Puff
Oleh: Bonda Solehah

Bahan- bahan utk kastad

  • 7 sb tepung kastad
  • 3 cwn susu segar
  • 2 cwn whipping cream
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 atau lebih cheese slice (yg biasa org buh kat burger tu,lg byk cheese lg sedap)


Cara- cara utk kastad
1. Campurkan semua bhn kecuali cheese dan masak dgn api sederhana sehingga likat lbih kurang 10 minit.
2. sentiasa kacau supaya kastad tk berketul.
3. Tutup api dan masukkan cheese slice. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kastad ke dalam bekas kedap udara atau wrap dgn
cling wrap supaya permukaan kastad tak berkerak.
5. Setelah kastad sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk utk keraskan sedikit.
(lebihan kastad lbih kurang 1/4 adunan boleh disimpan atau boleh buat dessert dgn buah-buahan)

Bahan- bahan utk Pastry
1 cwn air
1/2 cwn butter atau marjerin
1 cwn tepung gandum
4 biji telur gred A
secubit garam kalau butter tak bergaram
1sk esen vanilla

Cara- cara utk pastry
1. Panaskan oven 200c
2. Didihkan air, butter dan garam.
3. Perlahankan api dan terus masukkan tepung. Kacau laju sehingga tepung tk melekat pada periuk lebih kurang seminit. Tutup api.
4. Setelah adunan tepung suam2, masukkan sebiji telur dan esen vanilla. Sebatikan. Masukkan sebiji lg dan sebatikan. ulang sampai habis telur.
5. Alas dulang pembakar dgn aluminium dan griskan. Griskan lebih sikit supaya pastry tk mudah melekat bila dah masak nanti.
6.Scoopkan setengah sudu besar dan letakkan setiap scoop satu persatu atas dulang pembakar.Jarakkan lebih kurang 2 inci antara satu sama lain sebab adunan akan mengembang.
7. Bakar pada suhu 200c selama 20/30 minit.
8. Bila pastry dah sejuk, belah sedikit dan masukkan kastad yg dah sejuk td. Boleh juga taburkan gula icing sebelum hidang. Sy guna gula kisar je.
Sgt mudah dan sgt sedap lebih2 lg rasa cheese.

Selamat mencuba! :)

Crispy Chicken Chop.


Crispy Chicken Chop
Oleh: Alniamira Alwi

Bahan- bahan (ayam) :
- hirisan dada ayam / peha ayam yg sudah dibuang tulang
- serbuk lada hitam & lada putih
- garam
- telur
- serbuk roti (boleh beli di kedai bakery, cari yg warna putih, sedap!)

Cara-cara :
1) Perap hirisan ayam / peha ayam dgn lada hitam & lada putih & garam selama 1/2 jam.
2) Panaskan minyak, celup hirisan ayam yg sudah diperap kedalam telur yg dipukul sedikit.
3) Balik balikkan hirisan ayam dalam serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan ayam.
4) Goreng ayam td dalam myk dgn api sederhana sehingga keemasan.

Bahan-bahan (kuah / gravy) :
- 2 sudu butter
- 2 ulas bawang putih
- sebiji bawang besar
- 1 cm halia
- serbuk lada hitam
- 250gm serbuk brown sos (boleh dapatkan di kedai bakery)
- 1liter air
- cendawan butang (optional)

Cara-cara :
1) Panaskan butter, tumis lada hitam, bawang putih, bawang besar & halia yg dicincang halus.
2) Bancuhkan serbuk brown sos dgn 1liter air dan tuang ke dalam tumisan bawang.
3) Kacau sehingga mendidih & pekat.
4) Masukkan hirisan cendawan butang.
** brown sos nie dah sedap, tak payah tambah perisa pun takpe. Tapi kalau nak tambah pun boleh

Bahan-bahan (coleslaw) :
- kobis
- lobak merah
- bawang holland
- mayonis
- susu tepung (2 sudu besar)

Cara-cara :
1) Hiris halus semua sayur, gaulkan dgn mayonis & susu tepung dan perisakan. Sejukkan sekejap.

Chiken chop & kuah boleh dihidangkan dengan coleslaw, kentang goreng, brokoli & baby carrot yg dicelur sekejap, tomato, salad, kacang panggang dan lain-lain.

Selamat Mencuba! :)

Black Pepper Chicken Mushroom.


Black Pepper Chicken Mushroom
Oleh: Syarifah Zatyl Ismah Mohammad

Bahan- bahan.

  • 1/2 kg ayam (dipotong & dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sebiji bawang besar (dihiris halus)
  • sebiji halia (dihiris halus)
  • 50 gm cendawan shitake (dihiris)
  • 2 biji kentang (dipotong jejari)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu nampla (sos ikan)
  • 1 sudu black pepper yg telah ditumbuk (tumbuk halus @ kasar,terpulang kpd selera)
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Cara- caranya:

  1. tumiskan bawang putih,bawang besar,halia sehingga kekuningan.
  2. masukkan daun kari,tumis sehingga naik bau
  3. masukkan sos nampla dan sos tiram.gaul sekejap
  4. kemudian masukkan kentang dan cendawan shitake.
  5. gaul sekejap sehingga jus cendawan keluar (dalam 2-3 minit).
  6. kemudian,masukkan ayam.
  7. setelah ayam hampir masak,masukkan black pepper 
  8. sesuaikan rasa dengan garam secukupnya.

slmt mencuba~ :)

Banana Fritter with Cheese


Banana Fritter with Cheese.
Oleh: Sha Al Aishah

Bahan- bahannya (A)


  • 2 biji pisang *ikut suka* (pisang berangan pun okay)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • minyak untuk mgoreng


Cara2 nya

  1. ambil pisang 
  2. belah 2 bahagian
  3. basahkan sedikit dgn air 
  4. golek- golekkan dgn tepung beras td..
  5. goreng sehingga kekuningan.


Bahan (B)

3 sudu susu pekat manis
cheese parut

Cara- caranya

  1. ambil pisang y sudah digoreng tadi.... 
  2. sapukan dgn susu manis (ikut suka nk manis tebalkan lapisan susu manis 2)
  3. taburkan cheese y telah diparut.... lebih sedap dimakan semasa pisang masih panas!!


selamat mencuba :)

Apple Pie.


Apple Pie
Oleh: Puspa Wangi

Pie Crust
2 cawan tepung gandum
130 gram butter yg agak keras dipotong dadu kecil2
sedikit garam
3 sudu air ais

Apple Filling
8 biji apple
1/2 cawan brown sugar
5 sudu gula biasa
2 batang kayu manis
2 sudu air.

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama garam. Kemudian masukkan butter. Sebatikan dengan tepung dengan menggunakan fork. Jgn guna tgn utk mengekalkan suhu sejuk butter. Makin sejuk suhu yg dpt dikekalkan, makin gebu pie crust nnti.
2. Adunan ptt kelihatan seperti tekstur bread crumb. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau guna fork dahulu, kemudian baru guna tgn. Tak perlu uli lama2. Uli sekadar boleh utk combine adunan sahaja. kalau adunan masih tak boleh nak combine, tambah air lg sedkit. Pastikan jgn terlalu lembik. Nanti tak boleh canai. Simpan dlm fridge for 30 minutes at least sebelum canai.
2. Sementara itu, buang kulit apple, potong apple bentuk dadu atau hiris nipis2. Ikut kesukaan masing2.
3. Kemudian masak gula bersama 2 sudu air, masukkan kayu manis. Masak sehingga gula agak keperangan dan kemudian masukkan apple.
4. Masak sehingga apple agak empuk dan kemudian sejukkan dulu sebelum isikan dlm pie. Jangan lupa buang kayu manis.
5. bahagikan adunan pie kepada dua. Satu bahagian hendaklah lebih byk dr yg lagi satu. Bahagian yg lebih byk itu dicanai utk bahagian bwh pie. Canai dlm ketebalan 2 cm. Kemudian masukkan inti pie. Canai lagi satu bahagian utk tutup di atas. Buatlah ikut kreativiti masing2.
6. Sapukan telur kuning di atas pie. Bakar selama 40 min dgn suhu 175 darjah celcius.

Selamat mencuba! :)