2.2.13

Apple Pie.


Apple Pie
Oleh: Puspa Wangi

Pie Crust
2 cawan tepung gandum
130 gram butter yg agak keras dipotong dadu kecil2
sedikit garam
3 sudu air ais

Apple Filling
8 biji apple
1/2 cawan brown sugar
5 sudu gula biasa
2 batang kayu manis
2 sudu air.

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama garam. Kemudian masukkan butter. Sebatikan dengan tepung dengan menggunakan fork. Jgn guna tgn utk mengekalkan suhu sejuk butter. Makin sejuk suhu yg dpt dikekalkan, makin gebu pie crust nnti.
2. Adunan ptt kelihatan seperti tekstur bread crumb. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau guna fork dahulu, kemudian baru guna tgn. Tak perlu uli lama2. Uli sekadar boleh utk combine adunan sahaja. kalau adunan masih tak boleh nak combine, tambah air lg sedkit. Pastikan jgn terlalu lembik. Nanti tak boleh canai. Simpan dlm fridge for 30 minutes at least sebelum canai.
2. Sementara itu, buang kulit apple, potong apple bentuk dadu atau hiris nipis2. Ikut kesukaan masing2.
3. Kemudian masak gula bersama 2 sudu air, masukkan kayu manis. Masak sehingga gula agak keperangan dan kemudian masukkan apple.
4. Masak sehingga apple agak empuk dan kemudian sejukkan dulu sebelum isikan dlm pie. Jangan lupa buang kayu manis.
5. bahagikan adunan pie kepada dua. Satu bahagian hendaklah lebih byk dr yg lagi satu. Bahagian yg lebih byk itu dicanai utk bahagian bwh pie. Canai dlm ketebalan 2 cm. Kemudian masukkan inti pie. Canai lagi satu bahagian utk tutup di atas. Buatlah ikut kreativiti masing2.
6. Sapukan telur kuning di atas pie. Bakar selama 40 min dgn suhu 175 darjah celcius.

Selamat mencuba! :)