2.2.13

Cheesy Cream Puff.


Cheesy Cream Puff
Oleh: Bonda Solehah

Bahan- bahan utk kastad

  • 7 sb tepung kastad
  • 3 cwn susu segar
  • 2 cwn whipping cream
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 atau lebih cheese slice (yg biasa org buh kat burger tu,lg byk cheese lg sedap)


Cara- cara utk kastad
1. Campurkan semua bhn kecuali cheese dan masak dgn api sederhana sehingga likat lbih kurang 10 minit.
2. sentiasa kacau supaya kastad tk berketul.
3. Tutup api dan masukkan cheese slice. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kastad ke dalam bekas kedap udara atau wrap dgn
cling wrap supaya permukaan kastad tak berkerak.
5. Setelah kastad sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk utk keraskan sedikit.
(lebihan kastad lbih kurang 1/4 adunan boleh disimpan atau boleh buat dessert dgn buah-buahan)

Bahan- bahan utk Pastry
1 cwn air
1/2 cwn butter atau marjerin
1 cwn tepung gandum
4 biji telur gred A
secubit garam kalau butter tak bergaram
1sk esen vanilla

Cara- cara utk pastry
1. Panaskan oven 200c
2. Didihkan air, butter dan garam.
3. Perlahankan api dan terus masukkan tepung. Kacau laju sehingga tepung tk melekat pada periuk lebih kurang seminit. Tutup api.
4. Setelah adunan tepung suam2, masukkan sebiji telur dan esen vanilla. Sebatikan. Masukkan sebiji lg dan sebatikan. ulang sampai habis telur.
5. Alas dulang pembakar dgn aluminium dan griskan. Griskan lebih sikit supaya pastry tk mudah melekat bila dah masak nanti.
6.Scoopkan setengah sudu besar dan letakkan setiap scoop satu persatu atas dulang pembakar.Jarakkan lebih kurang 2 inci antara satu sama lain sebab adunan akan mengembang.
7. Bakar pada suhu 200c selama 20/30 minit.
8. Bila pastry dah sejuk, belah sedikit dan masukkan kastad yg dah sejuk td. Boleh juga taburkan gula icing sebelum hidang. Sy guna gula kisar je.
Sgt mudah dan sgt sedap lebih2 lg rasa cheese.

Selamat mencuba! :)