22.5.14

Honey Roasted Chicken.


wahhhh! ayam ayam! hahaha saya suka makan ayam. nyum nyum hahaha

Honey Roasted Chicken
Oleh:Umiey Umira

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam ( 600 g)
1/2 biji limau nipis/lemon
5 sudu makan madu ( kalau tak ada madu- gantikan dengan gula +- 4 sudu)
6 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu serbuk cili
6 sudu kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary *kalau tak ada tak apa.

bersihkan ayam,
Gosok dengan lemon/limau nipis.(perap seketika)
Kalau tak nak potong kecil, bahagian dada dan peha ayam dicucuk dengan garfu supaya perapan meresap dan ayam cepat masak. .
Gaul sebati rempah perapan.
Lumur hingga rata dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar ( suhu 160c selama 30 minit- bergantung kepada ketuhar anda...)
Nak lagi best, panggang menggunakan dapur arang
Gunakan pencucuk satay untuk memeriksa (mencucuk bagi memastikan samada ayam benar-benar masak).

Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang
masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air.
Masak sehingga pekat.

Keluarkan ayam dan curahkan sos tadi ke atasnya..
Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA! :)

Spagetti Carbonara.


yayyyy!! carbonara spagetti. nyum nyumm..hahaha

Spaggety cabonarra selera melayu
Oleh:Pn Pzza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

1 botol sos cabonarra (mcm2 jenama ada jual yg instance)
Aksesori mcm2 boleh bubuh spt cendawan butang yg dihiris,btg saderi yg dipotong halus,dll(x perlu pun x pe sbb sos instance dh ada benda2 aksesori ni)
cili api 2biji dan limau 1/2 biji (semasa mahu makan dihidang bersama)

caranya
1.panaskan pan dan masukkan sos cabonarra dan masukkan bhn2 aksesori(klu nk letak)
2.masakkan sebentar dan bulihlaa curahkan sos ke atas pasta itu
3.cincang cili api dan tabur di atas sos pasta tersebut dan perahkan limau dan bulihlaa dinikmati..wallaaahh..kanak2 x bulih cili tu yee,,meraung kang..kihh3

Chicken Chop.


nyum nyum! hahahaa

Chicken chop jimat
Oleh:Pn Pzza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

1.Isi ayam bah dada buang tulang yg dipotong nipis,diperap dgn garam,serbuk lada putih.
2. 1biji telur pukul dan curahkan kedalam ayam dan digolek2kan sehingga sekata.
3.Sediakan tepung beras + tepung jagung + 1 sdb serbuk baking powder + serbuk lada hitam +garam,,gaulkan semua sehingga sebati
4.Panaskan minyak,celup sekeping ayam masuk ke dlm tepung,golek2kan ayam dahulu pastikan tepung semua melekat pd dgg ayam tersebut dan goreng dlm minyak yg penuh..goreng sampai garing dan terbalikkan goreng sehingga betul2 msk dgn api yg sederhana,jgn gunakan api yg besar nanti diluar hangus,didlm x masak,,,klu guna minyak yg sikit atau kuali pan lambat boleh goreng sekeping dua aje,,,goreng di kuali sederhana besar dgn minyak penuh boleh goreng sekali 4 keping dgg ayam tersebut..
sos lada hitam
1biji bwg besar dan 1 bj bwg putih di potong dadu
1sdb serbuk lada hitam,sos tamato,1sdb,1sdb sos tiram
1peket serbuk ayam knorr,2sdb tepung jagung+2cwn air

caranya
1.Tumis bwg2 dgn sedikit minyak
2.masukkan semua sos dan serbuk lada hitam,kacau sebati
3.masukkan air tepung jagung kacau sehingga pekat
4.masukkan serbuk ayam,rasa klu kurang garam letak garam sikit,,sy x letak sbb serbuk ayam mmg dh ada perisanya...sedap
5.masakkan sampai agak2 masak,,klu pekat sgt letak air sikit lagi dan kacau sebatikan lagi.
Sayuran coleslawnya,,kubis cincang +,syr campur di bancuh dgn mayonis lady choice dlm 2 sdb dan sedikit susu pekat manis,,,gaul sebati..

Aksesori lain boleh diserve dgn kentang goreng,wadges ,kacang merah dlm tin...

Resepi Satay Ikan!


salam.. satay ikan! nyum nyum. hahaa. ecah suka satay ikan. saya pun suka. saja nak share resepi ni. hewhew

LOKCHING @ Satay Ikan
Oleh:Norashikin Rahmat
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – optional
1 sudu besar baking powder

Cara :
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Angkat.
5. Kemudian cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.

SOS MANIS
Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas.

20.5.14

Untuk bakal zauj ku :)




Saje je nak post. Hahaa calon pun takde.
Ni ade lagi satu :D


Percayalah dengan janji Allah :D 
Allah takkan mungkir janji tau..