22.5.14

Honey Roasted Chicken.


wahhhh! ayam ayam! hahaha saya suka makan ayam. nyum nyum hahaha

Honey Roasted Chicken
Oleh:Umiey Umira

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam ( 600 g)
1/2 biji limau nipis/lemon
5 sudu makan madu ( kalau tak ada madu- gantikan dengan gula +- 4 sudu)
6 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu serbuk cili
6 sudu kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary *kalau tak ada tak apa.

bersihkan ayam,
Gosok dengan lemon/limau nipis.(perap seketika)
Kalau tak nak potong kecil, bahagian dada dan peha ayam dicucuk dengan garfu supaya perapan meresap dan ayam cepat masak. .
Gaul sebati rempah perapan.
Lumur hingga rata dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar ( suhu 160c selama 30 minit- bergantung kepada ketuhar anda...)
Nak lagi best, panggang menggunakan dapur arang
Gunakan pencucuk satay untuk memeriksa (mencucuk bagi memastikan samada ayam benar-benar masak).

Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang
masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air.
Masak sehingga pekat.

Keluarkan ayam dan curahkan sos tadi ke atasnya..
Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA! :)