17.9.14

Cikgu.


Entah apa yang mereka tak suka,
Soalan bocor guru yang jadi mangsa,
Padahal orang lain terlibat sama,
Belum tau siapa punca dah mula nak mengata.

Entah apa salahnya jadi cikgu,
Bersusah payah curahkan ilmu,
Segala pengorbanan hanya Cikgu yang tahu,
Yang bukan Cikgu pulak 'lebih sudu'.

Entah ape yg diorang benci,
Kesalahan Cikgu dicari gali,
Maruah guru di tapak kaki,
Macamlah a,b, c dulu pandai sendiri.

Walau dikeji dihina dan malu,
Guru tetap macam selalu,
Mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Demi tanggungjawab atas nama'guru'.

Entah apa yg mereka tak suka,
Guru berkorban selagi terdaya,
Masa Dan tenaga usah dikira,
Keluarga sendiri terasa dilupa.

Entah apa yang mereka fikir,
Tugas guru hanya dibibir,
Akhlak anak kamu pun guru nak fikir,
Denda sikit mak ayah dah menyindir.

Entah entah mereka tak tahu,
Allah ada Dan Maha Tahu,
Kepada DIA guru mengadu,
Tetap bertahan selagi termampu.

By ,
Cikgu Siti Shahrina Mazlan